Wednesday, December 9, 2009

Ku kini telah kembali

Alhamdulillah, setelah berada 10hari di kelantan kini aku telah selamat kembali ke KL..waktu subuh isnin tu hujan renyai2. dalam hati tu tertanya2 gak 'jadik ke nak balik ni'. semua barang dah packing. dalam hati tu berdoa moga hujan ni x berlarutan dan selebat mana. tunggu punya tunggu hujan masih lagi turun tp x selebat mana. so, we decide to make a move. Alhamdulillah, bila di ats jalan raya hujan semakin reda dah cuaca semakin cerah hingga la sampai ke KL. Kami sampai ke KL jam 5 ptg dan sebelum sampai ke rumah singgah di pasar malam memandangkan badan penat kepala pusing2 memang xde mood la nak memasak for dinner. Cik Abe beli nasi kerabu 2 bungkus and bubur lambuk for Auni.

Esoknya, pagi2 dah bangun untuk tugas mendobi. Huhu..pagi tu 2kali trip membasuh dan petang plak basuh baju baby. Cuaca pun ok, semua baju2 yg dibasuh kering tp sampai la ni baju2 tu x dilipat lagi (bab melipat ni memang liat ckit).

kami masih di sini, belum keluar berjalan2 lagi. dah 2 hari ni sibuk dengan hal umah dan bersantai saje. Plannya nak keluar hari ni ke rawang. meninjau2 jika ada projek pelaburan yang baik di sana..hehehe


Thursday, December 3, 2009

Bercuti di Kelantan

Cuti sekolah ni kami pulang ke kampung di Kelantan. Bertolak pd hari Sabtu (11pg). Cadangnya duduk di Kelantan hingga hari Khamis. Malangnya, hujan di kelantan yang berterusan menyebabkan tempoh untuk berada di kelantan menjadi semakin panjang. Ketika ini aku masih berada di Kelantan. Duduk di rumah tanpa ke mana-mana. Sebabnya, jalan untuk keluar ke jalam utama digenangi air yg dalamnya hingga ke paras lutut. Bosannya..nasib baik la, aku angkut laptop n broadband sekali. Bolehla aku surf intnt n ber'facebook' dgn kengkawan. Baju2 anak dah semakin berkurang. Baju2 yg dah basuh masih tak kering lagi. So, untuk menjimatkan baju2 ni, mereka mandi sekali sehari je. Maklum la hujan2 ni kene air di hujung kaki pun rasa sejuk sangat.

Ent
ah bila la hujan nak berhenti ni..kalo ikut ramalan cuaca smpai hr ni (Jumaat). Harap2 esok hujan dah reda. Boleh la kami pulang ke KL semula. Dah rindu sangat dengan katil dan dapur umah ku. Plan cuti sekolah ni nak berbaking..dah banyak resepi dikumpul. Aritu dah try buat muffin. pahni nak buat tart plak. i love blueberry cheese tart. tengok resepi macam senang je nak buat..

KL, tunggu la kepulanganku