Wednesday, December 9, 2009

Ku kini telah kembali

Alhamdulillah, setelah berada 10hari di kelantan kini aku telah selamat kembali ke KL..waktu subuh isnin tu hujan renyai2. dalam hati tu tertanya2 gak 'jadik ke nak balik ni'. semua barang dah packing. dalam hati tu berdoa moga hujan ni x berlarutan dan selebat mana. tunggu punya tunggu hujan masih lagi turun tp x selebat mana. so, we decide to make a move. Alhamdulillah, bila di ats jalan raya hujan semakin reda dah cuaca semakin cerah hingga la sampai ke KL. Kami sampai ke KL jam 5 ptg dan sebelum sampai ke rumah singgah di pasar malam memandangkan badan penat kepala pusing2 memang xde mood la nak memasak for dinner. Cik Abe beli nasi kerabu 2 bungkus and bubur lambuk for Auni.

Esoknya, pagi2 dah bangun untuk tugas mendobi. Huhu..pagi tu 2kali trip membasuh dan petang plak basuh baju baby. Cuaca pun ok, semua baju2 yg dibasuh kering tp sampai la ni baju2 tu x dilipat lagi (bab melipat ni memang liat ckit).

kami masih di sini, belum keluar berjalan2 lagi. dah 2 hari ni sibuk dengan hal umah dan bersantai saje. Plannya nak keluar hari ni ke rawang. meninjau2 jika ada projek pelaburan yang baik di sana..hehehe


Thursday, December 3, 2009

Bercuti di Kelantan

Cuti sekolah ni kami pulang ke kampung di Kelantan. Bertolak pd hari Sabtu (11pg). Cadangnya duduk di Kelantan hingga hari Khamis. Malangnya, hujan di kelantan yang berterusan menyebabkan tempoh untuk berada di kelantan menjadi semakin panjang. Ketika ini aku masih berada di Kelantan. Duduk di rumah tanpa ke mana-mana. Sebabnya, jalan untuk keluar ke jalam utama digenangi air yg dalamnya hingga ke paras lutut. Bosannya..nasib baik la, aku angkut laptop n broadband sekali. Bolehla aku surf intnt n ber'facebook' dgn kengkawan. Baju2 anak dah semakin berkurang. Baju2 yg dah basuh masih tak kering lagi. So, untuk menjimatkan baju2 ni, mereka mandi sekali sehari je. Maklum la hujan2 ni kene air di hujung kaki pun rasa sejuk sangat.

Ent
ah bila la hujan nak berhenti ni..kalo ikut ramalan cuaca smpai hr ni (Jumaat). Harap2 esok hujan dah reda. Boleh la kami pulang ke KL semula. Dah rindu sangat dengan katil dan dapur umah ku. Plan cuti sekolah ni nak berbaking..dah banyak resepi dikumpul. Aritu dah try buat muffin. pahni nak buat tart plak. i love blueberry cheese tart. tengok resepi macam senang je nak buat..

KL, tunggu la kepulanganku


Tuesday, November 24, 2009

Cerita untuk sebulan

Salam semua..

Sejak dah start keje selepas habis cuti bersalin, blog ni sepi tanpa sebarang berita. maklumla dengan anak kecik ni masa terlalu suntuk untuk berblog. so, bila dah start cuti sekolah, adalah sikit masa diluangkan untuk mengupdate apa2 yg patut untuk blog ni.

Rutin harian-weekday
6pg - bangun tido. baby pun bangun skali
8 pg - perahan pertama. awal2 aritu dapatla dlm 7-8 oz tp dah hujung2 nak cuti sek hanya dpt 4oz je.
10pg - mandikan baby, susukan n tidokan dia
11-12 - kalo sempat masak, kalo x sempat trus siap2 nak g sekolah
1 - 6.30ptg - sekolah
7 mlm - perahan susu ke2. sebab lama x perah dpt dlm 10-12oz.
8 mlm - dinner time
10 mlm - mata dah ngantuk trus zzzzz
10 mlm - 6pg - tido n bgn 2-3 kali utk breastfeed baby n tukar lampin
Baby biasanya bangun malam nangis2. mula2 x tahu la sebab apa tp dah lama2 baru la tahu dia lapar sebenarnye. almaklum bila kita bekerja dia dah start guna botol, so susu keluar laju hisap sekali dah keluar. bila malam adakalanya dia refuse utk menyusu direct. in that case, beri efect pada kami utk bangun malam dan panaskan susu. tp alhamdulillah, lepas 2 minggu bekerja, tido malam nye sudah teratur. takde bangun malam2 dah. kalo bangun pun just nak tukar lampin je..gud boy

Cuti sekolah ni, aku ca
kap dengan baby agar menyusu direct daripadaku..no more botol. ini penting utk aku boostkan lagi susuku. alhamdulillah, baby seolah2 memahami. Moga2 baby terus menyusu dgn susuku selama 1-2thn,Insya Allah..

Sekarang baby dah 3 bulan. Dia dah pandai senyum dan ketawa apabila di 'agah'. Badan pun dah boleh mengiring serta kepala dah kuat. Adakalanya baby akan angkat kepala apabila kita baringkannya di lengan. Seronok tengok perkembangan yg positif anankku.

Kenduri aqiqah telah diadakan pada 31/10 yg lalu. jemputan hanya utk ahli keluarga dan jiran terdekat je. Baby tido je spanjang majlis cukur jambul dilakukan. senang kejeku.

em..apa lagi nak citer ye..rasanye cukup la dulu setakat ni..lain kali sambung



Friday, October 23, 2009

Kursus Dalam Cuti Bersalin

Sepatutnya harini 23/10 aku dah start keje selepas cuti bersalin selama 60hari. Tetapi aku dipanggil oleh GB utk menghadiri kursus pada 21&22/10. 2 hari sebelum cuti pantang habis. Memandangkan kusus tu khas utk guru PK so xleh nak ganti dgn cikgu lain. so, terpaksala aku menghadiri kusus tersebut di Selayang. Kira kusus dalam cuti bersalin la ni.

Disebabkan cuti bersalinku diambil 2hari utk menghadiri kusus tu so, aku dapat 2 hari cuti ganti. Satu hari aku amik harini sehari lagi emm.. tak tahu lagi. Lagipun lagi 3-4mggu dah nak cuti sekolah pulak. Tengoklah ye, rasa2 macam malas nak g sekolah baru amik cuti tu.

so far, selepas 2 hari tinggalkan baby di umah mak, xde masalah dengan stok susu EBMku. Alhamdulillah, baby tiada mslh menggunakan botol susu sebab sudah dilatih seminggu sebelum start keje. Malam pula, dia masih mahu menyusu badan.

sedikit info tentang kusus tu....
kami guru2 PK didedahkan ttg ciri2 murid berkeperluan khas eg disleksia, autisme, mslh tingkah laku etc. kalo ada ciri2 murid PK yg ada ciri2 tersebut perlu dilakukan "sesuatu" kepada mereka2 ini.
Rasanya, x rugi pun g kusus tu, memandangkn aku ni baru lg dalam bidang perguruan mmg patut la pegi. TQ pd pn habsah, pn jariyati, en yusof n mr david seta pihak IPIK yg menganjurkn kusus ni.


Friday, October 9, 2009

My New 'Spectra'

Memandangkan lagi 2 minggu aku akan bekerja semula, so aku mula menggunakan Spectra baruku. Aku belinya ketika peknen dulu di sini.Masa tu ada ofer harga rm 388 untuk double pump. Memang berbaloi. Memula guna memang agak janggal sebab sebelum ni guna yang manual tp spectraku ini guna elektrik power. Lagi pulak, hasilnya mula2 hanyalah sedikit sangat hanya dapat 1oz shj untuk every session. tapi kini aku dah dapat rentaknya. Aku akan pump bila anakku menyusu. Sebelah B menyusu sebelah B lagi aku pump. Hasilnya boleh dapt 4oz. Setiap hari aktiviti pump ni kulskuksn sebanyak 2-3kali. Alhamdulillah, sehingga hari ni, aku dah sediakan lebih kurang 20 stok EBM untuk anakku. Setiap botol aku isikan 2-2.5oz. so, senangla sesape yang jaga anakku nati untuk 'warm'kannya. Moga2 susuku cukup untuk anakku yang ke 2 ni Muhammad Mulhim Ammar dan akan menyusu dengan susuku selama 1-2tahun macam kakaknya Auni..Amin

Friday, October 2, 2009

Ni gambar nye


Ni gambar selepas botak



Ni gambar sebelum botak


Pantang Hari yang ke 40

Hari ni genap aku berpantang 40 hari. Tinggal 4 hari lagi je..tapi aku pun bukan pantang sangat pun. Bila balik umah sdri, semua keje aku buat sendiri. Cuma bila abang balik keje atau hari cuti, aku boleh berehat.. Esok kak Nani buat open house, Ahad pulak umah Pak Andak. Nak g ke tak nak? Kalo ikut hati memang nak keluar jalan2. Tapi memandangkan ada 4 hari lagi,kene tggu la kot. Sabo je la..

Hari ni juga, aku dan abang buat projek. Projek apa? Projek mencukur rambut baby Ammar. Susah jugak nak buat keje ni sebab masa tu dia jaga. Asyik pusing kepala nye. Bila dah rimas dia menangis. So, buat mana yang sempat je la. Masa dia tido baru aku sambung membersihkan dan melicinkan kepalanya hingga botak. Makin tembam nampaknye dia.

Jom layan gambar ni..
alamak, gambar xle upload. lain entry la...dah 2kali fail..



Wednesday, September 30, 2009

Citer pantang dan raya

Sepanjang pantang pada bulan bulan ramadhan ni sangat2 menguji kesabaranku untuk makan makanan kegemaranku. Paling aku terliur ialah air2 sejuk yang meriah dengan warna warninya terutama air teh bunga. Inilah air yang aku idam masa mengandung tapi tak dapat..tapi masa pantang tu curi2 gak minum air tu setakat seteguk je basahkan tekak. pahtu cepat2 minum kopi radix takut masuk angin..Seperti pantang Auni 4 thn yg lalu, tido malamku asyik terganggu dengan rengekan si kecik. 4-5 kali juga terbangun utk susukannya dan tukar lampin. Aku berpantang di rumah mak selama 30 hari. lepastu balik berpantang umah sdri. sungguh mencabar bila berpantang sdrian. xde sape nak tengok kan si kecik bila aku tengah uruskandiriku(mandi, bertungku, berbarut) terutama bila abang dah start keje..

Memandangkan aku masih berpantang lagi, Raya pun x kemana. Orang lain sonok gi jalan raya aku duduk umah melayan si kecik. tapi raya pertama tu aku gi beraya di umah jiran sebelah umah mak dan kawan kami di utm, Azrin. tu pun sekejap je x le g lama2... Hari ni pantang hari yang ke 38. Lagi 6 hari nak habis pantang. Lepas habis pantang boleh le beraya sakan. Kutip duit raya untuk anak2 ku.


Hari Isnin aritu (hari yg ke 36) aku ke kinik untuk monthly check-up Ammar. Wah, berat Ammar sudh melebihi 5kg. Bayangkan masa lahir tu 2.81kg saja tapi selepas 36 hari beratnya 5.2kg. terkejut gak aku bila diberitahu nurse pasl beratnya.. xpe la asalkan dia sihat.. Gambar x sempat nak upload kat sini. lain kali aku update gambarnya..

ok...lain kali sambung lagi

Tuesday, September 22, 2009

Happy Anniversary & Happy Hari Raya




18 Sept 2004 - 18 Sept 2009 . Our 5th anniversary.
May Happiness and love continues, warm and bright

May it shine throughout the years....

Disebabkan aku dalam pantang, so xde la celebratemeriah sangat. Beli kek yang comel ni dan makan masa abang buka pose. ok la kan..May be qada' celebrate anniversary masa cuti sekolah kot. Boleh ye bang..


DIkesempatan ini juga saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan. Jemput datang rumah.


Sunday, September 6, 2009

Sehari sebelum kelahiran

Alkisahnya, hari ahad tu (23/8) kami sekeluarga ke midvalley. Ada Parenthood expo. banyak barang2 keperluan bayi dijual di sana. Saje jalan2 exercise untuk mudahkan bersalin...memang pun senang bersalin.

Pakaian bayi x beli, sebab dah banyak beli, lagipun baju2 auni masa baby masih elok lagi. so, xde la beli. kami hanya beli diapers pet pet yang dijual rm1 utk 4 kpg. dan juga warmer and steriliser ni. harga promotion rm 170 utk 2 barang ni.


barang2 ni x digunakan lagi. sebab baby direct breastfeed from me. nati dah start keje baru guna.


Masanya sudah tiba

Salam semua..

Hari ni hari yang ke14 aku berpantang @ 14hari umur Ammar. Baru hari ni daku berkesempatan untuk mencoretkan sedikit pengalaman melahirkan baby Ammar. Rasa macam sekejap je tempoh 9 b
ulan aku mengandungkannya...tup tup...skrg ni baby dah kuar. Alhamdulillah, semuanya selamat.
Ceritanya bermula...

3.19 am
bangun tido untuk she she....then, tido balik

4.20 am
sedar lagi dan rasa sakit perut. baring2 dulu utk pastikan sakit perut tu adalah contraction braxton hicks..teringat kak long cakap, sakit perut nak bersalin rasa mcm nak poo poo..mmg masa tu rasa nak poo poo je..pahtu baru bangun and duduk2 dulu nak monitor kekerapan contraction ni. tetiba rasa nak poo poo trus g toilet. then, aku sempat mandi and berwuduk.

4.50 am
baru kejutkan hubby bgtau sakit perut n contraction dah makin kerap n sakit sangat. sambil menahan sakit tu, sempat aku bersolat hajat agar dimudahkan segalanya. pahtu minta maaf kat hubby kalo ada salah silap..then kejutkan auni.

5.00 am
baru kluar umah menuju ke rumah mak. antar auni n amik mak untuk temankan aku. Dalam keta contraction makin kerap.

5.25 am
rasanya, masa ni baru sampai hospital kot. masa tu aku x peduli waktu n apa2 la. Yg aku pedulikan rasa sakit perut n baby dah rasa nak kuar dah..smpai di wad bersalin, mak guard yg jaga kauntr trus tolak aku (guna krusi roda) ke tgkat 5, labour room. hubby aku trus cari parkg. aku ditemani emak untuk proses pendaftaran.

5.30
aku dihantar ke labour room. sakit perut sangat rasa macam baby nak kuar. bila sakit sangat, air tetuban pun pecah dan dr bgtau b
aby dah berak dalam perut. Dr kata bila rasa sakit lagi trus push. Baby kene keluarkan cepat.

5.40 am
Bila sakit kali ke2, aku trus push and dengarlah suara tangisan bayi ku..begitu cepat proses kelahiran ini, sampai hubby pun x sempat nak temankan aku dalam lab
our room. Alhamdulillah...semuanya selamat..

My lil boy, Muhammd Mulhim Ammar was born on monday 24 August 2009 @ 5.42am. His weight is 2.81kg. beza dgn kakaknya yg 3.55kg masa lahir n banyak kali meneran utk keluarkannya.

Terima kasih kepada dr dan staf nurse yg menjaga aku dan baby sepanjang berada di hospital Selayang.



Monday, August 31, 2009

Biar Gambar Berbicara...2

Ni gambar yang diambil di hospital. Lambat sikit update sbb guna handphone. So, amik masa nak transfer dr hp ke laptop.


Baby selepas dibersihkan - dalam labour room






Hari ke 2 selepas mandi, di dalam wad 5C HS.







Friday, August 28, 2009

Biar Gambar Berbicara...

Salam untuk semua..

Ni gambar ahli baru keluarga kami... layan gambar2 ni dulu, lain masa kiter bercerita.. Ni gambar baby hari ke 4




Baby nyenyak tido

Macam nak terbang je


Rupa saper ye?



Auni dan baby



Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan



Salam Ramadhan untuk semua. Semoga Ramadhan tahun ini dapat di sambut dengan penuh barakah dan keberkatan. Ikhlaskan diri untuk melakukan segala ibadat di bulan ini. Semoga amalan kita diterima olehNya...Amin..

Bagi diriku yang sedang menghitung hari ni, moga2 segala amalan dan urusanku dipermudahkan....


Thursday, August 20, 2009

Aktiviti memasak sebelum bersalin

Ni antara menu2 yang telah dibuat sebelum aku bersalin..Entah ler, nape rajin sangat aku memasak masa peknen ni. Kalo ikutkan dr scan dpt baby boy..xpe la, asalkan anak yang bakal aku lahirkan nati rajin tolong aku di dapur nati ye.. Amin...

Biskut Coklat Chips - Favorite cookies. memang buat setiap kali raya.


Cheese choc cake - Amik resepi dari sini



Puding Trifle- Resepi dari sini


Masa update blog ni tengah buat kek batik untuk di bawa ke sekolah. Ada jamuan sikit sempena sambut ramadhan ni. Harap2 sempat bawak ke sekolah. Perut ni asyik memulas je dari tadi..


Thursday, August 6, 2009

Update Untuk Seminggu

Minggu suam2 kuku

Sabtu....
Gunting rambut Auni..x amik gambar Auni yg terbaru lagi..Sabar...
Celebrate birthday mak.
Menu : Nasi briyani n daging. Cem
pedak goreng, buah2an, choclate cake dan carrot cake.
Aktiviti : Tukar2 hadiah


Carrot Cake dari SR

Ahad...
Kenduri kawin kawan abang di pinggiran bt caves. Lpas Asar g care4 wangsa maju. Beli barang2 keperluan dapur dan keperluan terakhir utk bby. Beli drypers n stoking utk pantang nati..
sebenarnya hari ni, dah rasa sakit2 perut n perut mengeras je. Risau gak dah nak bersalin ke? Ajak abg g jalan2 baru ok.

Isnin...
Routine as usual...ngajar bebudak. Penat, turun naik tangga..

Selasa...
Ngajar lagi..
Penat, turun naik tangga..
Malam tu, ajak abg gi makan kt Chop n Steak di Selayang. Teringin nak mkn western food sebelum bersalin ni. Samang bil2 makan..abg kata " lambat lagi la nak kuar camne. Pantang 2 bulan. Lepas tu x leh makan trus. kene gilir2 sebab nak kene jaga bby"

Rabu...
Ngajar lagi..Penat, turun naik tangga..plus kene relief. Waktu rehat terkejar2 nak mkn n solat zohor. Blik tu dah collapse..

Khamis...
Skrg dah start check up every week. Resultnye..berat maintain 74kg x naik dlm seminggu. Dr bg MC sebab tengok mak buyung ni penat n x larat nak bangun dah.. Alhamdulillah, dapat rehat sehari. Lagipun kepalaku mmg pening sikit la.
Hari ni juga ku berjumpa dengan kawan lama di UTM dulu. Ida..jumpa di kedai bake well. Terkejut gak tengok dia borong banyak barang utk buat kek ni. Rupa2nye dia dah tukar profession dr keje ofis skrg tukar keje di dapur..dah jd bisneswoman. Jual biskut raya. Berani sungguh dia menceburi bidang ni full time. X pe, moga dia happy n rezki dia bertambah2 Amin..
Sape2 yg berminat utk menjadi ejen n tempah biskut raya sila layari laman web ni.. http://mycookiesrecipe.blogspot.com/2009/07/ejen-biskut-raya.html

Jumaat..
Harap2 hari ni berjalan lancar. Ya Allah, permudahkan segala urusanku..






Friday, July 31, 2009

Pagi Jumaat

Pagi jumaat ni, bersemangat sikit nak masak sebab banyak masa. Lagipun masuk sekolah kul 2 so banyak bende yg blh buat. Memandangkan bahan2 untuk buat kek dah ada, apa lagi...special menu hari ni ialah Moist Choclate Cake. Last week masa birthday party Auni buat kek ni tp x bakar just kukus je. Tapi x jadi. Ntah apa yg SILAPNYE....so, semalam I baked this cake. Alhamdulillah menjadi n siap buat coklat ganache lagi utk topingnye..x pernah buat pun ganachenni tp memang sedap la sebab guna whiping cream.

Sambil menunggu kek masak, ku layan SUDOKU ku yang dah lama x disentuh..





Kek tu kubawa ke sekolah..kawan2 memuji sedap....hehe
Kalo sempat nak buat lagi pagi ni sempena birthday mak...




Wednesday, July 29, 2009

penantian.....

Minggu ni, genap usia kandunganku 35 weeks. mean, next week will be 9mons. Tunggu masa je la.. Pagi td dpt sms dr kak zawiah "semalam 4.20 ptg selamat operate sbb high blood presure n pintu rahim bengkak. baby plak dah berak". Seorag lagi kawanku dah selamat melahirkan baby. Semuanya awal dari tarikh EDD. Daku? bila agaknya. Berdebar2, risau n macam2 lg perasaan yg timbul. Bagaimana nasibku nati. Last 4yr deliver bby, skrg ni dah x ingat camne teknik2 pernafasan, nak push nati. Moga2 dipermudahkan segalanya. Jap lagi nak g kinik monthly check up. Berapa plak my weight kali ni. Naik ke turun? harap2 ok.


Sunday, July 26, 2009

Birthday Party

Alhamdulillah...apa yg dirancang semua dpt dilaksanakan walaupun sederhana. Takpe, kita kene berwasatiah dalam apa jua hal kan. Actually, we just decided to do this on Sunday nite. Susah bangat nak dpt confirmation dr hubby. Ntah apa yg difikirkan..

So, Sunday morning we wake up earlier than other wekend. Itu pun susah sgt nak bangun sebab hujan yang turun amat menyamankan dan menggalakkan semua umat manusia untuk tidor..zzzz...tapi ku gagahkan semangat utk bangkit dr tempat beradu utk menyediakan segala mala utk party ni. Huby pergi ke pasar. Tungu punya tunggu kul 11 baru sampai umah. Kelam kabut la nak prepare itu dan ini. Jemputan kul 2, tp nasib baik x jemput org luar ramai2.

Menunya; nasi ayam, ketiau goreng, nuget+wedges+hot dog, buah dan punch. x lupa Birthday cake. Plan nak buat nasi kerabu x jadi sebab, xpernah buat dan rasa mac
am leceh plak. Kang x jadi plak, nak bg depa makan apa? Makanan x dapat nak snap sebab dah lapar trus terkam makanan yg ada.

Meh, layan gambar ni..


Auni n sepupu2



Selamat HAri Jadi Auni



Bersama Auntie2..bebudak x dtg lagi. so,makck2 yg seronok memakai topi




White Choclate dr SR

Kak Long n Bangah x dpt dtg sebab ada hal yg x dapat dielakkan. LAgipun minggu depan ada lagi party utk Mak plak. Kalo diorg dtg lg la gamat agaknya umahku dengan bebudak yg lain.

Kul 7, dah tutup kedai. Waktu last2 ni ada juga yg dtg.. Sib baik dah ada air kul 7 ke atas, boleh la kemaskan pinggan mangkuk yg menimbun tu. kalo x, esok pg je la buat keje kemas mengemas ni.

Kepada yg hadir, TQ for coming dan memeriahkan party ni even xde aktvt apa2 pun melainkan menonton filem Sifu & Tongga n Transformer. Pada family ku yg tolong2 buat itu ini,tqvm.

Kul 11 malam dah landing atas katil dengan pinggang yg sakit. Nak pusing sana sini pun xleh, akhirnya ku terlelap dalam keadaan terlentang...Sabar ye baby, Lagi 3-4 minggu je lagi baby nak tengok dunia luarkan. Mama tahu, mesti baby x selesa duk dlm perut ni yg dah semakin sempit.. Sabar itu separuh dari Iman..




Thursday, July 23, 2009

Auni is 4 years old

Anakku genap 4 tahun pada 21 Julai 2009. Tiada parti lagi yg dibuat untuknya. Insya Allah this weekend (harap2 menjadi la plan ni.). Bila dah besar ni, dah tahu nak minta itu ini. Ni sebab banyak tengok citer kartun la. Siap tnya lagi " Mama, takde birthday party ke untuk kita? Ada kek, belon, kawan2 datang umah. Mama, kita nak hadiah barbie dan princess. Nanti belikan kita hadiah tu tau.." Bukan tak nak buat wahai anankandaku. Mama buzy sikit. Prepare untuk intvw jawatan tetap. Harap2 ada rezki untuk baby baru ni dan lulus temuduga ni. Aminnn....

Lega bila dah lepas temuduga. Banyak perkara yg ditanya. Tapi nasib baik berkaitan dengan tugas kita tentang Pemulihan khas. Bila dah lepas ni, boleh concentrate pada urusan rumah tangga. Maklumla, sebelum ni sbuk prepare utk intvw, kain baju yg dah basuh x sempat dilipat. DApur pun x berasap. Bukan x masak langsung, cuma goreng2 je la. X pe la, wekend ni akan ku qada tugas2 memasak ni sempena nak buat birthday auni, harap2 sempat dan terdaya lagi. Plan nak jamu nasi kerabu...hehe. X penah masak lagi ni. Harap2 menjadi. Resepi dah dpt dari kak ana.

Ni breakfast pagi tadi, sempat buat puding roti.

makan panas2 ni sedap...sebelum bersalin ni nak buat biskut raya, boleh tak?

Sunday, July 12, 2009

hujung minggu nan indah

Walaupun cuti hanya 1 1/2 hari je, tp ada gak progress sikit2 untuk persiapan menyambut kelahiran baby baru ni. Baju2 lama Auni yang masih elok sudah dibasuh dan dilipat. Kususun elok2 dalam bekas bertutup. Baju2 yang baru dibeli pun sudah dibasuh tapi tak lipat lagi, tunggu proses pengeringan. Beg juga dah ada 2. 1 tu beli untuk dibawa ke hospital. 1 lagi beg Auni yang dulu masih elok untuk dibawa berjalan2 (g kinik, shoping etc).

Sabtu malam Ahad, kami duduk di rumah. Plan nye nak keluar pegi makan tapi semuanya tak menepati citarasaku. Sedang mencari medan ikan bakar di area KL @ Selangor, tapi lokasinya semua jauh2. x jadi pegi. Kami berbincang untuk buat sendiri ikan bakar di rumah pada keesokannya.

Ini lah hasilnya. Kami makan tengahari kul 5 ptg. sebabnya kami bangun lewat, lepas subuh masing2 tertido dan bangkit semula kul 11 pg. So kelam kabut gak nak g pasar cari ikan2 yang nak dibakar. Walaupun kepenatan, kami puas dengan hidangan yang kami sediakan sendiri.


Ni beg Auni, masih elok lagi. Ku sudah basuh bersih2. Blh digunakan utk dibawa berjalan2 nati.


Beg ni plak baru beli. Nati bleh letak baju2 yg nak dibawa masuk hospital. Letak dalam keta siap2.

Ni baju2 Auni yang sudah dibasuh dan dilipat, termasuk kain lampin, mitten n booties. dan barut.
Yang ni plak baju2 baru yang sedang dalam proses pengeringan. Masa nak sidai, abang dah start mula membakar. So untuk mengelakkan terkena asap2 barbeque tu kuangkat dah sidai di dalam rumah.


Auni sibuk menemani Babah membuat BBQ..

Ikan merah...sedapppp


Ayam yang sudah dibakar dan sedia untuk dimakan...

Yang lain2, jemputlah makan ye.

Friday, July 10, 2009

tahniah...

tahniah pada kawan-kawanku yang telah selamat melahirkan baby pada jun n julai 2009..

1) norazita - 18/6 - bby boy
2) fizah - 3/7 - bby boy
3) kak eja - 9/7 - bby girl

seronoknya bby dah keluar. boleh tengok bby puas2. x yah nak risau keadaan bby kat dlm perut. tapi daku x berkesempatan nak ziarah mereka.

sekarang dah 32 wks..rasa mcm dah x larat nak mengusung perut ni. tapi memandangkan banyak bende x setle lagi, so harap2 anak mama dalam ni dapat sabar ye. tunggu mama setle dulu smua bende ye.

Friday, June 19, 2009

hai..lama x update

rasanye nak dekat 2 bulan blog ni x diupdate....sebabnya:-

1) problem line broadband U*... sebulan lebih xleh nak online. problem di kawasanku.
2) cuti sekolah, sibuk melayan MIL yg turun KL. kami x blik KB, xlarat nak travel jauh2 dgn perut yg semakin membesar
3) bila dah start sekolah, mula la mengagau cari bende nak di ajar. banyak mende nak update. dah x ingat kat mana stop ajar depa ni.
4) blog ni saje je suke2 nak citer tentang diriku. so, bukanlah penting sgt utk update this blog..hhee

Monday, April 27, 2009

jalan2.....weekend

aduh..penat sungguh hari minggu tu. dari umah kul 12tgahari ke bangi kemudian ke putrajaya. blik umah singgah di jusco n carefour wangsa maju dan giant batu caves. kul 10 malam baru sampai umah..walaupun penat, tp setiap destinasi aku dapat sesuatu bukan gi saje2 menghabiskan minyak dan tol.
bangi...
akhirnya dapat juga aku ke butik mydreams. rembat 1 blouse, 1 tsshirt and 1pasang maxi utk maternity wear. dah banyak stok blouse yg habis. yg penting dapat diskaun la sikit sebab jd member.

putrajaya...
alang2 dah ke bangi, kami survey tempat konvo. at least dah tahu la tempat nye senang la nak gi masa konvo nati. yg penting apply CRK cepat2 n buat bayaran utk konvo.

wangsa maju....
mula2 g JJ, renew card and tanya pasal member's day. diberitahu akan diadakan pd Julai. em..larat ke nak gi bln julai ni, perut dah makin membesar...smlm ada dpt voucher, baju bby x shopping lg cuma beli mate rnity wear lagi, dpt 3 helai termasuk seluar. rasanye dah cukup utk bajuku. cuma ada satu lagi baju untuk melaram masa konvo nati. xpe ada sebulan lagi...semalam 1st time beli donut di big apple. wah, sedapnya..rasa nak beli lagi donut kat sana.

pahtu g carefour, cuma beli anmum materna milk.

blik singgah giant bt caves, tp x beli ape2. cuma tgk auni main kat playground. x larat dah jalan tu yg x masuk pasaraya. sambil duduk2 tu berkenalan dengan sorang kakak. harap2 pertemuan ini dapat membantu emak yg sedang berusaha mencari kontraktor membaiki umahnya di batang kali.


sampai umah, sempat campak baju dalam mesin sebelum tido. abang tolong sidai baju bila mesin berbunyi tit tit tit..

Wednesday, April 22, 2009

maternity blouse and skirt

salam...

sekarang ni usia kandungan dan mencecah 5 bulan. banyak baju kurung yang xleh pakai. perut dah besar, same as masa 1st pregnant dl start 4mons dah pkai maternity wear. kalo dulu boleh pakai seluar masa g keje. skrg ni xle, sebab dah bertukar profesion. kene pakai skirt @ dress/maxi. blouse 4 tahun lepas ada lagi, cuma rasa nak tambah blouse yg cantik and menarik sikit.

sambil membaca majalah pa&ma (keluaran 9/2008-beli kat bookfair), terlihat wajah model yg memakai blouse yg c antikdan skirt yg menarik. tengok harga pun affordable..so, g surf kat internet. byk koleksi yg lain yg lagi cantik..tengoklah kalo xde apa2 hal ahad ni, nak ajak cik abe gi butik-mydreams kat bangi...sebenarnya blh di beli secara online, tpmcm x puas sebab xle tengok n try

harap2 dapat g n beli beberapa pasang blouse n skirt/seluar. Insya Allah.

laman webnya http://www.butik-mydreams.com/peta.html

Monday, March 23, 2009

masak..masak..masak

masak lagi...

bosan asyik2 makan nasi je...kali ni menu nye ialah mihun soto. x susah pun buatnya. cuma yg lecehnya nak buat begedil. Auni memang suka makan begedil ni. aritu ada beli yang segera, bila dah habis dia mintak lagi. tu yang buat soto tu. kalo nak makan ngan nasi mcm x best je...kenyang gak mkn mihun ni


Monday, March 16, 2009

Nasi Ayam...oh..nasi ayam

Alhamdulillah...sifat rajinku sdah kembali normal..hehe..sebelum ni ada sikit malas.
Time cuti2 ni dah rajin masuk dapur. Nak tahu menu apa lunch semalam..jeng..jeng..Nasi ayam special. buat sendiri tau. G pasar pun dah lambat , kul 12.30 baru sampai umah. Sambil abg betulkan penapis air yg baru ditukar tu n auni menonton favoorite channel 613, aku pun mulakan kerja2 menyediakan menu tgahari. Kul 2.45ptg baru dpt makan. sedap hingga menjilat jari.
ini hasilnya....



alamak..nasinye x sempat nak snap la...ktorg dah lapar sangat ni, sebab tu nasi dah kene pau dulu...hehe..tengok je la ayam ni. biar korang terliur..
selamat menjamu selera.....

Sunday, March 8, 2009

Salam Maulidul Rasul

salam...
dah lama x update blog ni. nak bukak pun jarang sekali..sebabnya, a few reasons la antaranya penat, bzy, malas n mcm2 lagi..
masa cuti 3 hari ni luangkan sikit masa utk surf intnt, cek mail n open this blog yg dah lm x update. cuti ni xde aktvt yg menarik pun. just lepak2 kat umah n umah mak.
sabtu....
abg xde sbb ada prgm kat sek. so, i plan duk umah mak rather than duk umah sendri berdua dgn auni..bosan la, nati mesti bergaduh dgn dia. hehehe, bukan apa saje nak sakat auni.. plannye nak g UO tp x jd g sbb prgm kat sek abg hbis smpai petang n card member UO dah xpired. at last, g care4 wgsa maju jaln2 cr ready made bj kurung. baju kurung yg ada dah x muat nak pkai.

ahad....
ada jemputan kawin tp x g..adik pun br blik dr sabah tp x sempat nak g ziarah dia. malas nak kacau pengantin baru ni hehehe... abg ajak makan luar tp mcm xde selera nak mkn kat luar..teringin plak nak masak nasi lemak. akhirnya aku pun masak la nasi lemak dgn sambal udang.. after 1 week x masuk dapur. hasilnya, emmm boleh la. masuk dapur dah lambat akhirnya pukul 4 baru dpt mkn tgahari.. malam plk g umah parent kak fama d kg cangkat. buat besday party anknya yg ke2. byk menu tp mkn sikit2 je..perut kenyang mkn nasi lemak.

isnin...
mak call ajak g kl. nak shopping skit utk persiapan majlis kenduri 3 psg pengantin. Insya Allah majlis kendurinya akan diadakan pd 4/4 ni. x sampai sebulan lg ni..byk lagi yg x setle...smpai sekrg x siap2 lg nak g sebab tgh tggu ujan.(sambil tu update blog ni)

byk masa tp kerja sekolah jugak yg x buat lagi. pada hal ada byk gak benda yg kene disetlekan. minit mesyuarat, abm, n so on...tp xde mood nak buat wktu lapang ni. nape ek? sebab dah biasa buat last minit kot..ntah bila la nak berubah sikap yg satu ni.. dr dulu ms kat u, tm, ipba n smpai sekarang pun sama..

akhirnya, banyak kan selawat ke atas nabi...SALAM MAULID NABI

Wednesday, February 18, 2009

Berapa Besar Bayi Anda semasa Trimester Pertama

salam semua...

tengoklah gambar ni...seronoknye. Rasa mcm baby bercakap dengan kita plak...

http://ratuhati.com/index.php/Artikel/Kehamilan-dan-Kelahiran/Berapa-Besar-Bayi-Anda-Semasa-Trimester-Pertama