Thursday, July 23, 2009

Auni is 4 years old

Anakku genap 4 tahun pada 21 Julai 2009. Tiada parti lagi yg dibuat untuknya. Insya Allah this weekend (harap2 menjadi la plan ni.). Bila dah besar ni, dah tahu nak minta itu ini. Ni sebab banyak tengok citer kartun la. Siap tnya lagi " Mama, takde birthday party ke untuk kita? Ada kek, belon, kawan2 datang umah. Mama, kita nak hadiah barbie dan princess. Nanti belikan kita hadiah tu tau.." Bukan tak nak buat wahai anankandaku. Mama buzy sikit. Prepare untuk intvw jawatan tetap. Harap2 ada rezki untuk baby baru ni dan lulus temuduga ni. Aminnn....

Lega bila dah lepas temuduga. Banyak perkara yg ditanya. Tapi nasib baik berkaitan dengan tugas kita tentang Pemulihan khas. Bila dah lepas ni, boleh concentrate pada urusan rumah tangga. Maklumla, sebelum ni sbuk prepare utk intvw, kain baju yg dah basuh x sempat dilipat. DApur pun x berasap. Bukan x masak langsung, cuma goreng2 je la. X pe la, wekend ni akan ku qada tugas2 memasak ni sempena nak buat birthday auni, harap2 sempat dan terdaya lagi. Plan nak jamu nasi kerabu...hehe. X penah masak lagi ni. Harap2 menjadi. Resepi dah dpt dari kak ana.

Ni breakfast pagi tadi, sempat buat puding roti.

makan panas2 ni sedap...sebelum bersalin ni nak buat biskut raya, boleh tak?

No comments: