Wednesday, October 27, 2010

menyepi..

lama nye blog ni sepi tanpa citer kan..huhu.. byk citer2 yg x tertulis kat sini.
busy sket dgn baby kecik n baby besar n kid n husben.

ada masa kite citer ye. kalo x pun biar gambo je yg berbicara

jumpa lg di lain n3..

bye2

Friday, July 23, 2010

Auni is 5

Auni dah 5 tahun pada 21 Julai 2010 yg lepas. Mama hanya sempat buat kek birthday utk Auni. Baba pulak masak mee n kuetiau goreng plus nuget. Celebrate kecik2 je. lagipun buat pada weekday.

Kek birthday mama buat waktu pagi, balik sekolah baru buat
decoration. Letak edible image Barbie, Auni suka sangat dan inilah hasilnya






Plannya nak buat birthday party Auni kat sekolah Isnin ni..harap2 menjadi dan mama ada masa untuk buat kek n muffin utk cikgu2 dan kawan2 Auni




Monday, February 15, 2010

Pelaburan Baru

Ni lagi satu pelaburan dalam bentuk harta tanah yang bakal menjadi milik kami..Sekarang dalam proses gomen release duit utk bayar pada pemaju. Bila nak pindah? Tggu hiway KLSE siap dalam 2 tahun lagi kot. Harap2 semuanya okey. En. hasben dah mula memikirkan konsep rumah baru kami dan buat pelan untuk exterior. Okey kan aje ler. X boleh nak fikir sekarang ni, kepala tengah serabut...



Friday, February 5, 2010

Perasaanku...siri 2

Tak tahu nak mula camner...Berita ni aku war2kan pada family dulu. Mula2 emak la, tu pun after 2 days we knew that news. Ingatkan nak sorok2 la, biar diorg terkejut..hehe tapi x sampai hati plak. Lagipun perkara baik, x perlu disembunyikan lagi.

Untuk rakan2 di alam mayaku, kalo u all perasan last week lagi i dah letak thicker baru kat sebelah kanan. Perasan x?..em, tu la dia perkara yg aku nak khabarkan. I'm expecting 3rd baby. Macam x percaya kan..

My hubby n i, terkejut bila result upt tu ada 2 line. Rasa2 dah betul2 berhati2 dan kiraan betul (bila wkt subur n x subur). Tapi itu lah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Lagipun i'm still exclusively bfeeding my baby Ammar. Kata org, kalo menyusu ni lambat nak peknen lagi.

Ku terima rezki ini dengan hati terbuka. Xpenah sekalipun aku menangis bila tahu aku peknen lagi. Maybe ada hikmah atau suratan yg telah ditetapkan olehNya. Stiap anak tu Allah dah tetapkan rezki untuk mereka..

Mungkin rezki Ammar nak menyusu lama macam Auni x dapat. But, until now susu stil ada lg w'pun kuantiti dah menyusut sikit and Ammar stlll minum susu mama. After consult with lactation specialist and o&g specialist, they encourage me to continue bfeeding untill susu tu kering sdri. Yang bestnye, boleh continue bfeedg bila bby dah keluar nati. X boleh nak bayangkn camne aku nak menyusu kedua2nya..mcam dpt anak kembar la plak...hehehe..

Aku x sanggup nak bagi susu lembu pada Ammar bila susuku sudah kering nati..mesti aku nangis.. Biarlah org lain yg beri dia susu tu (mcm hubby ke, kakak dia) Maafkan Mama ye Ammar sayang. Nati adik baru dah keluar minum susu mama sama2 dgn adik ye.. waktu ni terfkir plak pasal ibu susuan. Penah baca 1 blog ni yg memberi beri susu daripada ibu susuan kepada anaknya . nak kene study perkara ni..

Semoga aku diberi kekuatan dan kesihatan yg baik peknen kali ini.



Saturday, January 23, 2010

Breastfeeding Talk Kumpulan Sokongan Susu Ibu Ratuhati.com (+ babywearing)

Semalam 23/1/20 ku telah join this event anjuran ratuhati.com. bertempat di FRIM, kepong. Memang dah lama sangat aku tggu peluang utk jumpe dgn pakar2 laktasi ni. sebelum ni jauh2 tempatnye dan bayaran pun tinggi gak. tp, event ni dekat plak dgn umahku n bayaran pun berbaloi..

Program start kul 9pg tp disebabkan ada LADAP kat sekolah, ku hadirkan diriku kul 10.30pg. sudah dimaklumkan pd pihak penganjur yg aku akan tiba lewat..kubawa sekali anak2 ku yg comel tanpa ditemani husben tp ditemani kawan sekolahku As, yg baru saja melahirkan bby pd Nov yg lalu. Nak promote dia bg susu ibu la ni..hehhhe

So, far..aku berpuashati la jugak. sebab smua persoalan yg bermain dimindaku telah terjawab..time kasih ye kak shidah, kak ummi, kak yati, kak aishah n yg lain2. Walaupun berpanans sikit tp berbaloi la dgn bayaran tu. cuma lain kali kene sediakn mikrofon untuk penjelasan yg lebih jelas dan clear...

selain tu, ada gak kakak yg menjual brg2 keperlu
an baby n nursing like CD, cooler bag, books, ice pack etc..
kurembat 2 CD n buku power puff girls utk kakak..

Ku memang sokong SUSU IBU ni..

jom layan gambar2 ni yg diambil oleh kakak camerawoman ni,..



penerangn tentang baby sling/pouch

kakak akma menjual CD coolababy.com

muka dah bosan, bila nak balik ni mama..

As, memikirkan..boleh ke aku bfeed baby ni..




Perasaanku.....

Gembira, sedih, terkejut, smua rasa ada..




....................to be continued

Friday, January 15, 2010

sweetlovelyshoppe Cutest Baby Photo Contest



Nama anak : Muhammad Mulhim Ammar
Umur Anak : 5 bulan (4bulan 26hari)
Nama ibu : Siti Fatimah Mustafa

GAmbar untuk dipertandingkan yang bawah tau. Suka sangat gambar yang bawah ni sebab terlalu cute. AMik pula dari site tepi. kalo nak tengok muka penuhnye yg atas le.

Rutin Harianku..

Awal minggu ni dah start hantar Auni ke tadika 5tahun. Asyik tangguh je nak antar dan Auni asyik tanya ' mama bila nak sekolah?' so, pada hari Isnin 11.1.2010 aku daftarkan ke Tadika Sri Sinar Salam. Lepas dah isi borang n jelaskan registration fee aku pun trus balik. Auni pun x nak nangis. Alhamdulillah..rasa macam baru je bersalinkan Auni. Skrg dah 5 tahun dan ke sekolah. Baby Ammar je la sekarang yg temankan mama waktu pagi sebelum melangkah ke sekolah meneruskan perjuangan membimbing dan mendidik anak muridku. So, rutin harianku sedikit berubah le;

5.00 am - bangun pagi untuk bersahur (ganti pose 27hari skrg dah tinggal 12 hari saje) dan 'menoreh'. Siap2kan bahan untuk masak breakfast n tgahari.
6.00 am - solat subuh n mengaji (alhamdulillah, wktu ni je la sempat aku mengaji start juz1. masa peknen ammar just baca surah2 utk peknen je)
6.30 am - masak breakfast.
7.30 am - kejut Auni bangun n mandi. Nak kene siapkan barang2 dia ke sekolah eg botol air, pencil box, kaler dan juga baju2 baby n susu 'ebm'.
8.00 am - antar Auni ke sekolah
8.15 am - g umah mak. duduk2 sana
pahtu main2 ngan baby jap layan kerenah smpai dia tido pahtu setlekan keje sekolah eg lesson plan n bahan2 utk test (skrg ni buat diagnostik test ).
11.00 am - blik umah masak utk lunch + dinner. senang, blik nati panaskan lauk je.
12.30pm - pegi sekolah
6.30 pm - balik sekolah trus ke umah mak amik anak2.
7.00 pm - smapai umah. siapkan makanan utk buka pose..(sedihnye, kalo time balik umah x de org sambut) maklum le awal2 tahun ni abg byk keje kat sekolah. blik pun x tentu masa. aku le yg penat melayan dan bersilat dgn 2 kekanak ni. yg si kecik menangis nak dukung n si kakak nak itu ini. penat sungguh.. solat magrib n isyak n 'menoreh' lagi. kat sekolah memang x sempat nak 'menoreh' ni
9.00 pm - masa ni la nak uruskan botol2 susu, baju2 kotor n iron baju (kalo x iron baju on wekend) dan melayan Auni duk baca buku. Belum boleh baca lagi tp dia dah kenal abjad2. kalo ada homework ajar dia buat. setakat ni homework yg dibawa pulang ialah mewarna gambar. gambar zebra n girrafe. dia kaler warna pink, aku pun padam warna tu n suruh dia kaler blik warna kuning n oren..
10.30 pm - tidokan baby, Auni.. aku pun sama2 ngantuk dan zzzzz. sebelum ni kul 12 mlm baru tido.tp skrg ni mataku x larat nak buka jam seterusnya. lagipun kul 5 pg esok nak bangun dah.

Begitulah rutinku hari2..penat sungguh. Kalaulah ada maid, kan senang..hehe..teringat kisah Fatimah az-zahra anak Nabi SAW. menangis2 ketika membuat keje2 umah n menggiling gandum. masa tu dia mintak sorang pembantu untuk membantu buat keje umah tp dgn izin Allah batu giling itu sendiri yg bergerak2 dan menggiling gandum. Subhanallah..

Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk menjalani hari-hariku ini sebagai seorang ibu, isteri, guru, anak n hambaMU. Permudahkan segala urusanku.



Tuesday, January 5, 2010

Selamat Tahun Baru



Selamat Tahun BAru 2010..

Apa azam tahun baru? Ni dia listnya:-
1. Nak banyakkan amal
2. Buang sifat2 mazmumah eg. marah, x sabar
3. Jd ibu yg LEBIH penyayang
4. Jd isteri yang LEBIH sabar dan memahami suami
5. Jd guru yg LEBIH SABAR (maklum le ngajar bebudak yg L**** ni + M**** + N*****)
6. Dapat manage time dgn lebih baik

Azam no. 1 tu kene istaqamah le nak buatnye. Umur kian meningkat, ajal x tahu bila. Bersedia dan beringat selalu la wahai diriku ini...