Wednesday, September 30, 2009

Citer pantang dan raya

Sepanjang pantang pada bulan bulan ramadhan ni sangat2 menguji kesabaranku untuk makan makanan kegemaranku. Paling aku terliur ialah air2 sejuk yang meriah dengan warna warninya terutama air teh bunga. Inilah air yang aku idam masa mengandung tapi tak dapat..tapi masa pantang tu curi2 gak minum air tu setakat seteguk je basahkan tekak. pahtu cepat2 minum kopi radix takut masuk angin..Seperti pantang Auni 4 thn yg lalu, tido malamku asyik terganggu dengan rengekan si kecik. 4-5 kali juga terbangun utk susukannya dan tukar lampin. Aku berpantang di rumah mak selama 30 hari. lepastu balik berpantang umah sdri. sungguh mencabar bila berpantang sdrian. xde sape nak tengok kan si kecik bila aku tengah uruskandiriku(mandi, bertungku, berbarut) terutama bila abang dah start keje..

Memandangkan aku masih berpantang lagi, Raya pun x kemana. Orang lain sonok gi jalan raya aku duduk umah melayan si kecik. tapi raya pertama tu aku gi beraya di umah jiran sebelah umah mak dan kawan kami di utm, Azrin. tu pun sekejap je x le g lama2... Hari ni pantang hari yang ke 38. Lagi 6 hari nak habis pantang. Lepas habis pantang boleh le beraya sakan. Kutip duit raya untuk anak2 ku.


Hari Isnin aritu (hari yg ke 36) aku ke kinik untuk monthly check-up Ammar. Wah, berat Ammar sudh melebihi 5kg. Bayangkan masa lahir tu 2.81kg saja tapi selepas 36 hari beratnya 5.2kg. terkejut gak aku bila diberitahu nurse pasl beratnya.. xpe la asalkan dia sihat.. Gambar x sempat nak upload kat sini. lain kali aku update gambarnya..

ok...lain kali sambung lagi

Tuesday, September 22, 2009

Happy Anniversary & Happy Hari Raya




18 Sept 2004 - 18 Sept 2009 . Our 5th anniversary.
May Happiness and love continues, warm and bright

May it shine throughout the years....

Disebabkan aku dalam pantang, so xde la celebratemeriah sangat. Beli kek yang comel ni dan makan masa abang buka pose. ok la kan..May be qada' celebrate anniversary masa cuti sekolah kot. Boleh ye bang..


DIkesempatan ini juga saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan. Jemput datang rumah.


Sunday, September 6, 2009

Sehari sebelum kelahiran

Alkisahnya, hari ahad tu (23/8) kami sekeluarga ke midvalley. Ada Parenthood expo. banyak barang2 keperluan bayi dijual di sana. Saje jalan2 exercise untuk mudahkan bersalin...memang pun senang bersalin.

Pakaian bayi x beli, sebab dah banyak beli, lagipun baju2 auni masa baby masih elok lagi. so, xde la beli. kami hanya beli diapers pet pet yang dijual rm1 utk 4 kpg. dan juga warmer and steriliser ni. harga promotion rm 170 utk 2 barang ni.


barang2 ni x digunakan lagi. sebab baby direct breastfeed from me. nati dah start keje baru guna.


Masanya sudah tiba

Salam semua..

Hari ni hari yang ke14 aku berpantang @ 14hari umur Ammar. Baru hari ni daku berkesempatan untuk mencoretkan sedikit pengalaman melahirkan baby Ammar. Rasa macam sekejap je tempoh 9 b
ulan aku mengandungkannya...tup tup...skrg ni baby dah kuar. Alhamdulillah, semuanya selamat.
Ceritanya bermula...

3.19 am
bangun tido untuk she she....then, tido balik

4.20 am
sedar lagi dan rasa sakit perut. baring2 dulu utk pastikan sakit perut tu adalah contraction braxton hicks..teringat kak long cakap, sakit perut nak bersalin rasa mcm nak poo poo..mmg masa tu rasa nak poo poo je..pahtu baru bangun and duduk2 dulu nak monitor kekerapan contraction ni. tetiba rasa nak poo poo trus g toilet. then, aku sempat mandi and berwuduk.

4.50 am
baru kejutkan hubby bgtau sakit perut n contraction dah makin kerap n sakit sangat. sambil menahan sakit tu, sempat aku bersolat hajat agar dimudahkan segalanya. pahtu minta maaf kat hubby kalo ada salah silap..then kejutkan auni.

5.00 am
baru kluar umah menuju ke rumah mak. antar auni n amik mak untuk temankan aku. Dalam keta contraction makin kerap.

5.25 am
rasanya, masa ni baru sampai hospital kot. masa tu aku x peduli waktu n apa2 la. Yg aku pedulikan rasa sakit perut n baby dah rasa nak kuar dah..smpai di wad bersalin, mak guard yg jaga kauntr trus tolak aku (guna krusi roda) ke tgkat 5, labour room. hubby aku trus cari parkg. aku ditemani emak untuk proses pendaftaran.

5.30
aku dihantar ke labour room. sakit perut sangat rasa macam baby nak kuar. bila sakit sangat, air tetuban pun pecah dan dr bgtau b
aby dah berak dalam perut. Dr kata bila rasa sakit lagi trus push. Baby kene keluarkan cepat.

5.40 am
Bila sakit kali ke2, aku trus push and dengarlah suara tangisan bayi ku..begitu cepat proses kelahiran ini, sampai hubby pun x sempat nak temankan aku dalam lab
our room. Alhamdulillah...semuanya selamat..

My lil boy, Muhammd Mulhim Ammar was born on monday 24 August 2009 @ 5.42am. His weight is 2.81kg. beza dgn kakaknya yg 3.55kg masa lahir n banyak kali meneran utk keluarkannya.

Terima kasih kepada dr dan staf nurse yg menjaga aku dan baby sepanjang berada di hospital Selayang.