Showing posts with label pantang. Show all posts
Showing posts with label pantang. Show all posts

Friday, October 9, 2009

My New 'Spectra'

Memandangkan lagi 2 minggu aku akan bekerja semula, so aku mula menggunakan Spectra baruku. Aku belinya ketika peknen dulu di sini.Masa tu ada ofer harga rm 388 untuk double pump. Memang berbaloi. Memula guna memang agak janggal sebab sebelum ni guna yang manual tp spectraku ini guna elektrik power. Lagi pulak, hasilnya mula2 hanyalah sedikit sangat hanya dapat 1oz shj untuk every session. tapi kini aku dah dapat rentaknya. Aku akan pump bila anakku menyusu. Sebelah B menyusu sebelah B lagi aku pump. Hasilnya boleh dapt 4oz. Setiap hari aktiviti pump ni kulskuksn sebanyak 2-3kali. Alhamdulillah, sehingga hari ni, aku dah sediakan lebih kurang 20 stok EBM untuk anakku. Setiap botol aku isikan 2-2.5oz. so, senangla sesape yang jaga anakku nati untuk 'warm'kannya. Moga2 susuku cukup untuk anakku yang ke 2 ni Muhammad Mulhim Ammar dan akan menyusu dengan susuku selama 1-2tahun macam kakaknya Auni..Amin

Friday, October 2, 2009

Pantang Hari yang ke 40

Hari ni genap aku berpantang 40 hari. Tinggal 4 hari lagi je..tapi aku pun bukan pantang sangat pun. Bila balik umah sdri, semua keje aku buat sendiri. Cuma bila abang balik keje atau hari cuti, aku boleh berehat.. Esok kak Nani buat open house, Ahad pulak umah Pak Andak. Nak g ke tak nak? Kalo ikut hati memang nak keluar jalan2. Tapi memandangkan ada 4 hari lagi,kene tggu la kot. Sabo je la..

Hari ni juga, aku dan abang buat projek. Projek apa? Projek mencukur rambut baby Ammar. Susah jugak nak buat keje ni sebab masa tu dia jaga. Asyik pusing kepala nye. Bila dah rimas dia menangis. So, buat mana yang sempat je la. Masa dia tido baru aku sambung membersihkan dan melicinkan kepalanya hingga botak. Makin tembam nampaknye dia.

Jom layan gambar ni..
alamak, gambar xle upload. lain entry la...dah 2kali fail..



Wednesday, September 30, 2009

Citer pantang dan raya

Sepanjang pantang pada bulan bulan ramadhan ni sangat2 menguji kesabaranku untuk makan makanan kegemaranku. Paling aku terliur ialah air2 sejuk yang meriah dengan warna warninya terutama air teh bunga. Inilah air yang aku idam masa mengandung tapi tak dapat..tapi masa pantang tu curi2 gak minum air tu setakat seteguk je basahkan tekak. pahtu cepat2 minum kopi radix takut masuk angin..Seperti pantang Auni 4 thn yg lalu, tido malamku asyik terganggu dengan rengekan si kecik. 4-5 kali juga terbangun utk susukannya dan tukar lampin. Aku berpantang di rumah mak selama 30 hari. lepastu balik berpantang umah sdri. sungguh mencabar bila berpantang sdrian. xde sape nak tengok kan si kecik bila aku tengah uruskandiriku(mandi, bertungku, berbarut) terutama bila abang dah start keje..

Memandangkan aku masih berpantang lagi, Raya pun x kemana. Orang lain sonok gi jalan raya aku duduk umah melayan si kecik. tapi raya pertama tu aku gi beraya di umah jiran sebelah umah mak dan kawan kami di utm, Azrin. tu pun sekejap je x le g lama2... Hari ni pantang hari yang ke 38. Lagi 6 hari nak habis pantang. Lepas habis pantang boleh le beraya sakan. Kutip duit raya untuk anak2 ku.


Hari Isnin aritu (hari yg ke 36) aku ke kinik untuk monthly check-up Ammar. Wah, berat Ammar sudh melebihi 5kg. Bayangkan masa lahir tu 2.81kg saja tapi selepas 36 hari beratnya 5.2kg. terkejut gak aku bila diberitahu nurse pasl beratnya.. xpe la asalkan dia sihat.. Gambar x sempat nak upload kat sini. lain kali aku update gambarnya..

ok...lain kali sambung lagi