Showing posts with label Ammar. Show all posts
Showing posts with label Ammar. Show all posts

Friday, February 5, 2010

Perasaanku...siri 2

Tak tahu nak mula camner...Berita ni aku war2kan pada family dulu. Mula2 emak la, tu pun after 2 days we knew that news. Ingatkan nak sorok2 la, biar diorg terkejut..hehe tapi x sampai hati plak. Lagipun perkara baik, x perlu disembunyikan lagi.

Untuk rakan2 di alam mayaku, kalo u all perasan last week lagi i dah letak thicker baru kat sebelah kanan. Perasan x?..em, tu la dia perkara yg aku nak khabarkan. I'm expecting 3rd baby. Macam x percaya kan..

My hubby n i, terkejut bila result upt tu ada 2 line. Rasa2 dah betul2 berhati2 dan kiraan betul (bila wkt subur n x subur). Tapi itu lah, kita hanya merancang Allah yang menentukan. Lagipun i'm still exclusively bfeeding my baby Ammar. Kata org, kalo menyusu ni lambat nak peknen lagi.

Ku terima rezki ini dengan hati terbuka. Xpenah sekalipun aku menangis bila tahu aku peknen lagi. Maybe ada hikmah atau suratan yg telah ditetapkan olehNya. Stiap anak tu Allah dah tetapkan rezki untuk mereka..

Mungkin rezki Ammar nak menyusu lama macam Auni x dapat. But, until now susu stil ada lg w'pun kuantiti dah menyusut sikit and Ammar stlll minum susu mama. After consult with lactation specialist and o&g specialist, they encourage me to continue bfeeding untill susu tu kering sdri. Yang bestnye, boleh continue bfeedg bila bby dah keluar nati. X boleh nak bayangkn camne aku nak menyusu kedua2nya..mcam dpt anak kembar la plak...hehehe..

Aku x sanggup nak bagi susu lembu pada Ammar bila susuku sudah kering nati..mesti aku nangis.. Biarlah org lain yg beri dia susu tu (mcm hubby ke, kakak dia) Maafkan Mama ye Ammar sayang. Nati adik baru dah keluar minum susu mama sama2 dgn adik ye.. waktu ni terfkir plak pasal ibu susuan. Penah baca 1 blog ni yg memberi beri susu daripada ibu susuan kepada anaknya . nak kene study perkara ni..

Semoga aku diberi kekuatan dan kesihatan yg baik peknen kali ini.



Friday, January 15, 2010

sweetlovelyshoppe Cutest Baby Photo Contest



Nama anak : Muhammad Mulhim Ammar
Umur Anak : 5 bulan (4bulan 26hari)
Nama ibu : Siti Fatimah Mustafa

GAmbar untuk dipertandingkan yang bawah tau. Suka sangat gambar yang bawah ni sebab terlalu cute. AMik pula dari site tepi. kalo nak tengok muka penuhnye yg atas le.

Tuesday, November 24, 2009

Cerita untuk sebulan

Salam semua..

Sejak dah start keje selepas habis cuti bersalin, blog ni sepi tanpa sebarang berita. maklumla dengan anak kecik ni masa terlalu suntuk untuk berblog. so, bila dah start cuti sekolah, adalah sikit masa diluangkan untuk mengupdate apa2 yg patut untuk blog ni.

Rutin harian-weekday
6pg - bangun tido. baby pun bangun skali
8 pg - perahan pertama. awal2 aritu dapatla dlm 7-8 oz tp dah hujung2 nak cuti sek hanya dpt 4oz je.
10pg - mandikan baby, susukan n tidokan dia
11-12 - kalo sempat masak, kalo x sempat trus siap2 nak g sekolah
1 - 6.30ptg - sekolah
7 mlm - perahan susu ke2. sebab lama x perah dpt dlm 10-12oz.
8 mlm - dinner time
10 mlm - mata dah ngantuk trus zzzzz
10 mlm - 6pg - tido n bgn 2-3 kali utk breastfeed baby n tukar lampin
Baby biasanya bangun malam nangis2. mula2 x tahu la sebab apa tp dah lama2 baru la tahu dia lapar sebenarnye. almaklum bila kita bekerja dia dah start guna botol, so susu keluar laju hisap sekali dah keluar. bila malam adakalanya dia refuse utk menyusu direct. in that case, beri efect pada kami utk bangun malam dan panaskan susu. tp alhamdulillah, lepas 2 minggu bekerja, tido malam nye sudah teratur. takde bangun malam2 dah. kalo bangun pun just nak tukar lampin je..gud boy

Cuti sekolah ni, aku ca
kap dengan baby agar menyusu direct daripadaku..no more botol. ini penting utk aku boostkan lagi susuku. alhamdulillah, baby seolah2 memahami. Moga2 baby terus menyusu dgn susuku selama 1-2thn,Insya Allah..

Sekarang baby dah 3 bulan. Dia dah pandai senyum dan ketawa apabila di 'agah'. Badan pun dah boleh mengiring serta kepala dah kuat. Adakalanya baby akan angkat kepala apabila kita baringkannya di lengan. Seronok tengok perkembangan yg positif anankku.

Kenduri aqiqah telah diadakan pada 31/10 yg lalu. jemputan hanya utk ahli keluarga dan jiran terdekat je. Baby tido je spanjang majlis cukur jambul dilakukan. senang kejeku.

em..apa lagi nak citer ye..rasanye cukup la dulu setakat ni..lain kali sambung



Friday, October 23, 2009

Kursus Dalam Cuti Bersalin

Sepatutnya harini 23/10 aku dah start keje selepas cuti bersalin selama 60hari. Tetapi aku dipanggil oleh GB utk menghadiri kursus pada 21&22/10. 2 hari sebelum cuti pantang habis. Memandangkan kusus tu khas utk guru PK so xleh nak ganti dgn cikgu lain. so, terpaksala aku menghadiri kusus tersebut di Selayang. Kira kusus dalam cuti bersalin la ni.

Disebabkan cuti bersalinku diambil 2hari utk menghadiri kusus tu so, aku dapat 2 hari cuti ganti. Satu hari aku amik harini sehari lagi emm.. tak tahu lagi. Lagipun lagi 3-4mggu dah nak cuti sekolah pulak. Tengoklah ye, rasa2 macam malas nak g sekolah baru amik cuti tu.

so far, selepas 2 hari tinggalkan baby di umah mak, xde masalah dengan stok susu EBMku. Alhamdulillah, baby tiada mslh menggunakan botol susu sebab sudah dilatih seminggu sebelum start keje. Malam pula, dia masih mahu menyusu badan.

sedikit info tentang kusus tu....
kami guru2 PK didedahkan ttg ciri2 murid berkeperluan khas eg disleksia, autisme, mslh tingkah laku etc. kalo ada ciri2 murid PK yg ada ciri2 tersebut perlu dilakukan "sesuatu" kepada mereka2 ini.
Rasanya, x rugi pun g kusus tu, memandangkn aku ni baru lg dalam bidang perguruan mmg patut la pegi. TQ pd pn habsah, pn jariyati, en yusof n mr david seta pihak IPIK yg menganjurkn kusus ni.


Friday, October 9, 2009

My New 'Spectra'

Memandangkan lagi 2 minggu aku akan bekerja semula, so aku mula menggunakan Spectra baruku. Aku belinya ketika peknen dulu di sini.Masa tu ada ofer harga rm 388 untuk double pump. Memang berbaloi. Memula guna memang agak janggal sebab sebelum ni guna yang manual tp spectraku ini guna elektrik power. Lagi pulak, hasilnya mula2 hanyalah sedikit sangat hanya dapat 1oz shj untuk every session. tapi kini aku dah dapat rentaknya. Aku akan pump bila anakku menyusu. Sebelah B menyusu sebelah B lagi aku pump. Hasilnya boleh dapt 4oz. Setiap hari aktiviti pump ni kulskuksn sebanyak 2-3kali. Alhamdulillah, sehingga hari ni, aku dah sediakan lebih kurang 20 stok EBM untuk anakku. Setiap botol aku isikan 2-2.5oz. so, senangla sesape yang jaga anakku nati untuk 'warm'kannya. Moga2 susuku cukup untuk anakku yang ke 2 ni Muhammad Mulhim Ammar dan akan menyusu dengan susuku selama 1-2tahun macam kakaknya Auni..Amin

Friday, October 2, 2009

Ni gambar nye


Ni gambar selepas botak



Ni gambar sebelum botak


Pantang Hari yang ke 40

Hari ni genap aku berpantang 40 hari. Tinggal 4 hari lagi je..tapi aku pun bukan pantang sangat pun. Bila balik umah sdri, semua keje aku buat sendiri. Cuma bila abang balik keje atau hari cuti, aku boleh berehat.. Esok kak Nani buat open house, Ahad pulak umah Pak Andak. Nak g ke tak nak? Kalo ikut hati memang nak keluar jalan2. Tapi memandangkan ada 4 hari lagi,kene tggu la kot. Sabo je la..

Hari ni juga, aku dan abang buat projek. Projek apa? Projek mencukur rambut baby Ammar. Susah jugak nak buat keje ni sebab masa tu dia jaga. Asyik pusing kepala nye. Bila dah rimas dia menangis. So, buat mana yang sempat je la. Masa dia tido baru aku sambung membersihkan dan melicinkan kepalanya hingga botak. Makin tembam nampaknye dia.

Jom layan gambar ni..
alamak, gambar xle upload. lain entry la...dah 2kali fail..



Wednesday, September 30, 2009

Citer pantang dan raya

Sepanjang pantang pada bulan bulan ramadhan ni sangat2 menguji kesabaranku untuk makan makanan kegemaranku. Paling aku terliur ialah air2 sejuk yang meriah dengan warna warninya terutama air teh bunga. Inilah air yang aku idam masa mengandung tapi tak dapat..tapi masa pantang tu curi2 gak minum air tu setakat seteguk je basahkan tekak. pahtu cepat2 minum kopi radix takut masuk angin..Seperti pantang Auni 4 thn yg lalu, tido malamku asyik terganggu dengan rengekan si kecik. 4-5 kali juga terbangun utk susukannya dan tukar lampin. Aku berpantang di rumah mak selama 30 hari. lepastu balik berpantang umah sdri. sungguh mencabar bila berpantang sdrian. xde sape nak tengok kan si kecik bila aku tengah uruskandiriku(mandi, bertungku, berbarut) terutama bila abang dah start keje..

Memandangkan aku masih berpantang lagi, Raya pun x kemana. Orang lain sonok gi jalan raya aku duduk umah melayan si kecik. tapi raya pertama tu aku gi beraya di umah jiran sebelah umah mak dan kawan kami di utm, Azrin. tu pun sekejap je x le g lama2... Hari ni pantang hari yang ke 38. Lagi 6 hari nak habis pantang. Lepas habis pantang boleh le beraya sakan. Kutip duit raya untuk anak2 ku.


Hari Isnin aritu (hari yg ke 36) aku ke kinik untuk monthly check-up Ammar. Wah, berat Ammar sudh melebihi 5kg. Bayangkan masa lahir tu 2.81kg saja tapi selepas 36 hari beratnya 5.2kg. terkejut gak aku bila diberitahu nurse pasl beratnya.. xpe la asalkan dia sihat.. Gambar x sempat nak upload kat sini. lain kali aku update gambarnya..

ok...lain kali sambung lagi

Sunday, September 6, 2009

Masanya sudah tiba

Salam semua..

Hari ni hari yang ke14 aku berpantang @ 14hari umur Ammar. Baru hari ni daku berkesempatan untuk mencoretkan sedikit pengalaman melahirkan baby Ammar. Rasa macam sekejap je tempoh 9 b
ulan aku mengandungkannya...tup tup...skrg ni baby dah kuar. Alhamdulillah, semuanya selamat.
Ceritanya bermula...

3.19 am
bangun tido untuk she she....then, tido balik

4.20 am
sedar lagi dan rasa sakit perut. baring2 dulu utk pastikan sakit perut tu adalah contraction braxton hicks..teringat kak long cakap, sakit perut nak bersalin rasa mcm nak poo poo..mmg masa tu rasa nak poo poo je..pahtu baru bangun and duduk2 dulu nak monitor kekerapan contraction ni. tetiba rasa nak poo poo trus g toilet. then, aku sempat mandi and berwuduk.

4.50 am
baru kejutkan hubby bgtau sakit perut n contraction dah makin kerap n sakit sangat. sambil menahan sakit tu, sempat aku bersolat hajat agar dimudahkan segalanya. pahtu minta maaf kat hubby kalo ada salah silap..then kejutkan auni.

5.00 am
baru kluar umah menuju ke rumah mak. antar auni n amik mak untuk temankan aku. Dalam keta contraction makin kerap.

5.25 am
rasanya, masa ni baru sampai hospital kot. masa tu aku x peduli waktu n apa2 la. Yg aku pedulikan rasa sakit perut n baby dah rasa nak kuar dah..smpai di wad bersalin, mak guard yg jaga kauntr trus tolak aku (guna krusi roda) ke tgkat 5, labour room. hubby aku trus cari parkg. aku ditemani emak untuk proses pendaftaran.

5.30
aku dihantar ke labour room. sakit perut sangat rasa macam baby nak kuar. bila sakit sangat, air tetuban pun pecah dan dr bgtau b
aby dah berak dalam perut. Dr kata bila rasa sakit lagi trus push. Baby kene keluarkan cepat.

5.40 am
Bila sakit kali ke2, aku trus push and dengarlah suara tangisan bayi ku..begitu cepat proses kelahiran ini, sampai hubby pun x sempat nak temankan aku dalam lab
our room. Alhamdulillah...semuanya selamat..

My lil boy, Muhammd Mulhim Ammar was born on monday 24 August 2009 @ 5.42am. His weight is 2.81kg. beza dgn kakaknya yg 3.55kg masa lahir n banyak kali meneran utk keluarkannya.

Terima kasih kepada dr dan staf nurse yg menjaga aku dan baby sepanjang berada di hospital Selayang.