Thursday, December 3, 2009

Bercuti di Kelantan

Cuti sekolah ni kami pulang ke kampung di Kelantan. Bertolak pd hari Sabtu (11pg). Cadangnya duduk di Kelantan hingga hari Khamis. Malangnya, hujan di kelantan yang berterusan menyebabkan tempoh untuk berada di kelantan menjadi semakin panjang. Ketika ini aku masih berada di Kelantan. Duduk di rumah tanpa ke mana-mana. Sebabnya, jalan untuk keluar ke jalam utama digenangi air yg dalamnya hingga ke paras lutut. Bosannya..nasib baik la, aku angkut laptop n broadband sekali. Bolehla aku surf intnt n ber'facebook' dgn kengkawan. Baju2 anak dah semakin berkurang. Baju2 yg dah basuh masih tak kering lagi. So, untuk menjimatkan baju2 ni, mereka mandi sekali sehari je. Maklum la hujan2 ni kene air di hujung kaki pun rasa sejuk sangat.

Ent
ah bila la hujan nak berhenti ni..kalo ikut ramalan cuaca smpai hr ni (Jumaat). Harap2 esok hujan dah reda. Boleh la kami pulang ke KL semula. Dah rindu sangat dengan katil dan dapur umah ku. Plan cuti sekolah ni nak berbaking..dah banyak resepi dikumpul. Aritu dah try buat muffin. pahni nak buat tart plak. i love blueberry cheese tart. tengok resepi macam senang je nak buat..

KL, tunggu la kepulanganku


No comments: