Sepatutnya harini 23/10 aku dah start keje selepas cuti bersalin selama 60hari. Tetapi aku dipanggil oleh GB utk menghadiri kursus pada 21&22/10. 2 hari sebelum cuti pantang habis. Memandangkan kusus tu khas utk guru PK so xleh nak ganti dgn cikgu lain. so, terpaksala aku menghadiri kusus tersebut di Selayang. Kira kusus dalam cuti bersalin la ni.
Disebabkan cuti bersalinku diambil 2hari utk menghadiri kusus tu so, aku dapat 2 hari cuti ganti. Satu hari aku amik harini sehari lagi emm.. tak tahu lagi. Lagipun lagi 3-4mggu dah nak cuti sekolah pulak. Tengoklah ye, rasa2 macam malas nak g sekolah baru amik cuti tu.
so far, selepas 2 hari tinggalkan baby di umah mak, xde masalah dengan stok susu EBMku. Alhamdulillah, baby tiada mslh menggunakan botol susu sebab sudah dilatih seminggu sebelum start keje. Malam pula, dia masih mahu menyusu badan.
sedikit info tentang kusus tu....
kami guru2 PK didedahkan ttg ciri2 murid berkeperluan khas eg disleksia, autisme, mslh tingkah laku etc. kalo ada ciri2 murid PK yg ada ciri2 tersebut perlu dilakukan "sesuatu" kepada mereka2 ini.
Rasanya, x rugi pun g kusus tu, memandangkn aku ni baru lg dalam bidang perguruan mmg patut la pegi. TQ pd pn habsah, pn jariyati, en yusof n mr david seta pihak IPIK yg menganjurkn kusus ni.
Friday, October 23, 2009
Friday, October 9, 2009
My New 'Spectra'
Memandangkan lagi 2 minggu aku akan bekerja semula, so aku mula menggunakan Spectra baruku. Aku belinya ketika peknen dulu di sini.Masa tu ada ofer harga rm 388 untuk double pump. Memang berbaloi. Memula guna memang agak janggal sebab sebelum ni guna yang manual tp spectraku ini guna elektrik power. Lagi pulak, hasilnya mula2 hanyalah sedikit sangat hanya dapat 1oz shj untuk every session. tapi kini aku dah dapat rentaknya. Aku akan pump bila anakku menyusu. Sebelah B menyusu sebelah B lagi aku pump. Hasilnya boleh dapt 4oz. Setiap hari aktiviti pump ni kulskuksn sebanyak 2-3kali. Alhamdulillah, sehingga hari ni, aku dah sediakan lebih kurang 20 stok EBM untuk anakku. Setiap botol aku isikan 2-2.5oz. so, senangla sesape yang jaga anakku nati untuk 'warm'kannya. Moga2 susuku cukup untuk anakku yang ke 2 ni Muhammad Mulhim Ammar dan akan menyusu dengan susuku selama 1-2tahun macam kakaknya Auni..Amin
Friday, October 2, 2009
Pantang Hari yang ke 40
Hari ni genap aku berpantang 40 hari. Tinggal 4 hari lagi je..tapi aku pun bukan pantang sangat pun. Bila balik umah sdri, semua keje aku buat sendiri. Cuma bila abang balik keje atau hari cuti, aku boleh berehat.. Esok kak Nani buat open house, Ahad pulak umah Pak Andak. Nak g ke tak nak? Kalo ikut hati memang nak keluar jalan2. Tapi memandangkan ada 4 hari lagi,kene tggu la kot. Sabo je la..
Hari ni juga, aku dan abang buat projek. Projek apa? Projek mencukur rambut baby Ammar. Susah jugak nak buat keje ni sebab masa tu dia jaga. Asyik pusing kepala nye. Bila dah rimas dia menangis. So, buat mana yang sempat je la. Masa dia tido baru aku sambung membersihkan dan melicinkan kepalanya hingga botak. Makin tembam nampaknye dia.
Jom layan gambar ni..alamak, gambar xle upload. lain entry la...dah 2kali fail..
Hari ni juga, aku dan abang buat projek. Projek apa? Projek mencukur rambut baby Ammar. Susah jugak nak buat keje ni sebab masa tu dia jaga. Asyik pusing kepala nye. Bila dah rimas dia menangis. So, buat mana yang sempat je la. Masa dia tido baru aku sambung membersihkan dan melicinkan kepalanya hingga botak. Makin tembam nampaknye dia.
Jom layan gambar ni..alamak, gambar xle upload. lain entry la...dah 2kali fail..
Subscribe to:
Posts (Atom)